Umrah Dan Haji Mencintai Allah

Hubungi untuk maklumat lanjut.

Monday, 8 July 2019


PENGENALAN
Dalat terletak di tanah tinggi "Central Highland Region" di bahagian Selatan Vietnam, Bandaraya Dalat berada pada ketinggian 1500m (4900 kaki) dari aras laut. Suhu di Dalat adalah sekitar 14-23 celsius sepanjang tahun, suhu yg sejuk & nyaman ini menjadikan Dalat sebagai kawasan tanaman bunga-bungaan & sayur-sayuran yg utama di Vietnam. Selain dari ini, Dalat juga terkenal sebagai kawasan pengeluar kopi & teh yg utama untuk negara Vietnam.

Bentuk mukabumi kawasan tanah tinggi Dalat ini sangat cantik & mempesonakan, selain mempunyai suhu yg sederhana sejuk sepanjang tahun, ianya dikelilingi oleh bukit-bukit & lembah-lembah yg memukau, punyai banyak air terjun yg cantik, tasik-tasik yg indah, dikelilingi oleh hutan-hutan pokok pain, rumput-rumput yg menghijau sepanjang tahun, taman-taman bunga yg indah, berwarna-warni & mempesonakan.
Suhu Dalat yg sederhana sejuk ini menjadikannya sesuai sebagai kawasan tanaman kopi, teh, strawberi & sayur-sayuran seperti kobis, kobis bunga, salad, kentang dll.

SEJARAH DALAT
Kawasan tanah tinggi Dalat ini mula di buka oleh penjajah Perancis pada tahun 1890an, asalnya sebagai tempat mereka berehat pada hujung minggu, sebab suhu disini sekitar 14-23 celsius, seperti musim bunga di negara mereka. Juga untuk mengelak cuaca yg panas terik di Ho Chi Minh & bahagian lain di Vietnam. Sekarang ini berada di Bandaraya Dalat ini seolah-olah kita berada di sebuah bandar di Perancis, sebab rekabentuk bangunan-bangunannya banyak tinggalan dari penjajah Perancis. Sebab itu Bandaraya Dalat ini mendapat jolokan sebagai "Little Paris".
Selain dari dikenali sebagai "Little Paris", Bandaraya Dalat ini juga dikenali sebagai "The City of Eternal Spring", sebab pemandangan & suhunya seperti berada di musim bunga sepanjang tahun.
Pada tahun 2017 Bandaraya Dalat telah dimasukkan dalam senarai "Asia Overlooked Tourist Destination" oleh CNN. Mulai awal 2019, Dalat merupakan destinasi pelancongan yg paling terkenal & paling ramai dikunjungi sekali di Vietnam, mengatasi Hanoi, Danang, Sa Pa & Ho Chi Minh.
Pada akhir tahun lepas restoran-restoran muslim sudah mula dibuka di Bandaraya Dalat ini. Ini memberikan kemudahan kepada pelancong yg beragama islam untuk berkunjung kesini. Restoran-restoran muslim ini juga menyediakan surau/tempat untuk solat, jadi memudahkan pelancong beragama islam untuk mengerjakan solat selepas makan tengahari.
Mulai 2019 ini, Dalat merupakan destinasi pelancongan yg paling terkenal & paling ramai sekali di kunjungi oleh rakyat Malaysia, terutamanya yg beragama islam.
SERTAI KAMI BERSAMA KE DA LAT -  NHA TRANG UNTUK MENIKMATI PERCUTIAN HEBAT


No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered By Blogger